Friday, December 4, 2009

kEpayaHAn iNi..


kepayahan ini
membuatkan aku terasa lemah
hampir tersungkur
tapi, aku perlu bangun
untuk melawan kepayahan ini

kepayahan ini
membuatkan aku terasa sedih
sangat sedih
tp, aku tidak boleh terus bersedih
aku tak suka hidup aku diselubungi kesedihan
aku perlu dunia yang penuh kegembiraan
yang disitu aku selalu tersenyum ceria

kepayahan ini
membuatkan aku lebih kenal diri ini
membina keyakinan untuk terus berlari
menghadapi kepayahan yang seterusnya
kepayahan ini
mengenalkan aku dengan erti sebuah ketabahan

kepayahan ini
membuatkan aku tahu siapa yang selalu disisiku
tika aku dalam kepayahan
membuatkan aku lebih tahu yang mana sahabat
yang betul-betul sahabat

kepayahan ini
membuatkan rasa kebergantungan aku pada NYA
lebih kukuh
membuatkan aku lebih tahu
bahawa hanya DIA yang memahami
dan
hanya DIA mengerti

kepayahan ini
mengajarku pelbagai erti
jd..
kepayahan ini bukanlah satu beban buatku
tetapi..
kepayahan ini
ada hikmah disebaliknya...
terima kasih ya ALLAH..
aku terima kepayahan ini dengan redha..


*merepek lg ketika aku duk sensorg..
*tgnku laju mencoretkn sesuatu di buku aku & aku post disini
* yg pasti ini juga 1 dr kehidupan ku..
menghadapi kepayahan....

*sori klu aku merapu bnde yg salah, tp ini yg aku dpt dr kepala lututku.. hehehe.. tentang aku..

0 respond: